Sekadar Hiasan
Berhati-hati dengan segelintir 'pet shop' yang cuba sedaya upaya melariskan perniagaannya walaupun terpaksa bercakap bohong atau menipu. Semenjak cikgu terlibat dengan pemeliharaan kucing yang dibeli sudah banyak kali cikgu ditipu. Disebabkan cetek ilmu kita mudah terpengaruh dengan cadangan, pendapat, nasihat dan tunjuk ajar mereka ini sedangkan dalam kepala otaknya hanya memikirkan bagaimana nak mempengaruhi kita supaya membeli apa yang kita hajati. Semakin membuak-buak semangat membeli kita semakin teruk kita kena tipu. Nasihat cikgu, kalau bagaimana teruja sekalipun janganlah nampak sangat, kita kena belajar 'control' sikit keterujaan kita. Isteri dan anak-anak cikgu memang suka sungguh pada kucing, kalau nampak sahaja kucing comel dalam 'pet shop' terus terkam seperti harimau nampak kambing. Tauke kedai tu yang tadinya duk 'relax' cabut bulu hidung terus bangun. Tauke kedai sudah teruja kerana ada pelanggan yang teruja sangat.
Majoriti 'pet shop' tidak meletakkan tanda harga pada kucing yang dipamer untuk dijual. Harganya boleh naik dan turun mengikut 'cuaca' seperti orang jual durian di tepi jalan. Disebabkan tiada tanda harga kita mudah tertipu. Tauke kedai menilai pengetahuan kita mengenai kucing sebelum meletakkan harga. Semakin banyak kita bertanya berkenaan kucing kepadanya semakin lemah kita dalam urusan jual beli. Adalah lebih baik kita bawa kawan yang tahu mengenai kucing atau buat kajian terperinci melalui bacaan buku atau internet sebelum ke 'pet shop'.
Psikologi orang berniaga ni tinggi, dia boleh menilai kita datang untuk melihat-lihat sahaja atau mahu membeli. Layanannya kepada pelanggan yang serius sudah tentulah lebih berbanding pelanggan yang hanya suka-suka. Ada tauke kedai ni yang pandai 'ayat'. Kata-katanya boleh membuatkan kita cair. Daripada sekadar suka-suka akhirnya terbeli juga. Orang kata, peniaga yang pandai batu pun dia boleh jual.
Kawan cikgu pernah beli seekor kucing parsi yang penuh dengan kurap dan mengalami cirit-birit dengan harga RM500. Selepas balik rumah disapunya ubat kurap dan diberi makan ubat cirit tetapi selepas seminggu masih tidak sembuh. Akhirnya kucing itu meninggal. Katanya, semasa roh kucing itu keluar dari badan, dia juga terlihat duitnya terbang bersama roh kucing itu. Pesanan cikgu, jangan sesekali membeli kucing yang tidak sihat atau tidak aktif kecuali jika ditawarkan dengan harga yang murah dan kita pula tahu bagaimana hendak merawat kucing yang sakit itu.
Kucing ni ada banyak jenis baka dan grednya, contohnya kucing Bengal yang digredkan sebagai F1, F2, F3 dan F4. Bukan itu sahaja baka Bengal ada banyak dan ditentukan jenisnya melalui perbezaan pola dan warna bulunya. Harganya pula bukannya murah. Cikgu pernah melihat seeorang taukey kedai menjual seekor Bengal jantan dengan harga RM6000 sedangkan Bengal itu tak ada sijil kelahiran ( pedigree ) pun.

Perbezaan Kucing Parsi Dan Kucing Siam ( Seal Point Siamese )
Orang utara sungguh berminat dengan kucing Parsi, ada yang panggil kucing siam. Sebenarnya ada yang tidak tahu yang kucing Parsi dan kucing siam itu berbeza. Disebabkan kecantikan kucing Parsi maka ramailah yang mula berminat mengunjungi 'pet shop' mencari kucing parsi. Pada pendapat cikgu, orang utara seperti cikgu mula meminati kucing baka ini selepas kewujudan internet. Banyak paparan gambar dalam laman-laman internet yang mula mempengaruhi pencinta-pencinta kucing di utara. Sebelumnya kucing ini hanya diminati dan dimiliki oleh golongan 'elit' tertentu mungkin disebabkan harga dan kesukaran mendapatkannya. Kini, boleh dikatakan setiap 'pet shop' ada menjual kucing. Istilah 'Persian Flat Face' mulalah kedengaran dan ada juga mereka yang menyebut 'Parsi Muka Penyek'. Teringat pula cikgu kepada 'Ayam Penyek', emh.. sedap.
Persian Flat Face atau Parsi Muka Penyek
Seeorang kawan cikgu yang buka 'pet shop' di Kulim pernah mengajar cikgu bagaimana nak mengenali sama ada kucing itu 'flat atau semiflat face'. Katanya, pertama sekali perhatikan hidung kucing tersebut. Kucing 'Parsi Flat Face' (PFF) hidungnya terletak antara dua matanya. Bentuk mukanya bulat. Mulutnya menguncup tirus ke hidung berbentuk piramid dan telinganya lebih kecil daripada kucing biasa. Bentuk badannya pendek begitu juga dengan kakinya. Tapak kakinya lebih lebar dan berbulu panjang serta lembut. Jika dipandang mukanya daripada sisi, mukanya kelihatan leper ( flat ), tidak mancung seperti kucing kampung.
Kebiasaannya seekor anak 'Persian Flat Face' dijual dengan harga tidak kurang daripada seribu ringgit. Jika anak tersebut ada 'pedigree' atau sijil kelahiran, harganya tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan boleh mencecah sehingga tiga hingga empat ribu. Oleh itu, ramai yang memilih membeli anak yang tidak ada 'pedigree' kerana harganya lebih murah. Tetapi ianya bukan jaminan yang kucing tersebut adalah baka asli ( pure breed ) dan mungkin kucing kacukan atau dikenali 'Domestic Long Hair' kerana hanya kucing yang ada 'pedigree' dikira sebagai 'pure breed'. Seseorang yang meminati kucing baka perlu mengetahui apa itu perbezaan PEDIGREE dan DOMESTIC LONG HAIR ( DLH ). Untuk mendapatkan kucing kita 'pedigree' ( sijil kelahiran ) janganlah pula kita ke Jabatan Pendaftaran Negara kerana memang tidak ada di situ. Malahan mungkin kita akan diketawakan sehingga pecah perut. Sijil kelahiran keluarkan oleh TICA atau CFA. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi Kelab Kucing Malaysia - http://malaysiacatclub.com/
Ketika kita di 'pet shop' kadang-kadang letih kita dibuatnya mendengar tauke kedai asyik kempen suruh beli makanan kucing tertentu. Untuk menyakinkan kita ditunjukkan kucingnya yang gebu, montok dan lebat bulunya, kononnya diberikan makanan jenama itu. Terloponglah mulut kita mendengarnya. Siapa tidak mahu kucing kesayangan kita jadi seperti itu. Tanpa usul periksa kita pun beli. Balik rumah terus beri kucing kita makan. Malangnya makanan itu tidak serasi, kucing kita mula cirit-birit sehingga merah duburnya dan kadang-kadang sehingga berdarah. Sebenarnya tauke kedai ada sebab hendak jual sangat makanan jenama itu, ada niat lain atau 'ada udang di sebalik mee'.
Sebenarnya makanan kucing yang berjenama terkenal untung jualannya tidak banyak kerana makanan tersebut ada dikebanyakan kedai dan peniaga sukar untuk 'main harga'. Walaupun mahal pelanggan kebiasaannya sangat arif dengan harga makanan tersebut kerana telah lama menggunakannnya dan tahu di kedai manakah yang patut dibeli. Berbanding dengan makanan yang tidak berjenama atau baru berada di pasaran, makanan tersebut dijual dengan lebih murah, tujuannya ialah mencari pelanggan. Makanan tersebut mungkin ada di kedai-kedai yang tertentu sahaja. Oleh itu, peniaga boleh 'main harga' dan mendapat untung lebih.
Tidak salah mencuba makanan baru untuk kucing kita tetapi jangan dibeli dalam kuantiti yang banyak. Beri kucing kita cuba sedikit dahulu atau campur dengan makanan asal. Kucing sebenarnya pandai memilih, ia akan makan makanan yang sedap dahulu. Apapun nasihat cikgu sebelum diberi makan baca bahagian kandungan nutrisi dan kandungan zat pada pek makanan tersebut. Cikgu sebenarnya tidak berani ambil risiko dengan menukar makanan secara mendadak sebab cikgu dah 'kena'. Hampir semua kucing cikgu cirit-birit terutama yang anak-anak. Pening kepala cikgu dibuatnya. Akhirnya cikgu kembali memberi makanan asal yang telah lama cikgu guna. Makanan berjenama ini terbukti bagus walaupun sedikit mahal.
Yang manakah lebih baik, sama ada membeli kucing dewasa atau anak kucing untuk dipelihara? Ramai pecinta kucing lebih suka memilih anak kucing untuk dipelihara berbanding kucing dewasa kerana 'kecomelannya' dan suka bermain tetapi ada juga mereka yang memilih kucing dewasa untuk dibeli. Adakah anda tahu, kucing dewasa yang dijual di 'pet shop' mungkin kucing yang bermasalah? Kucing yang dijual kepada 'pet shop' oleh pemilik asal kerana sudah tidak tahan dengan sikap buruk kucing itu. Jalan penyelesaiannya ialah dijualnya kucing itu ke 'pet shop'. Sudah tentu pemilik tersebut tidak akan menceritakan perkara yang negatif tentang kucingnya kepada tauke 'pet shop'. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan orang lain akan menjadi mangsa. Contohnya, seperti kencing dan berak merata-rata, ganas dan pernah gigit orang, suka mencakar, berpenyakit, pemalas dan kuat tidur, curi makanan atas meja dan sebagainya. Ada juga kucing tersebut yang mandul atau kalau beranak, tidak mahu menyusukan anak atau tidak pandai menjaga anak.
Istilah 'boarding' atau rumah tumpangan untuk kucing juga terkenal dengan panggilan 'hotel kucing'. Di 'pet shop' ada menawarkan pekhidmatan tersebut untuk mereka yang mahu meninggalkan rumah beberapa hari. Di rumah cikgu juga ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Jika anda hantar kucing anda ke 'pet shop' untuk 'boarding' ada beberapa perkara perlu anda perhatikan dan ambil berat. Antaranya ialah adakah disediakan pasir najis, jika disediakan pasir najis adakah dalam kuantiti yang mencukupi. Ada 'pet shop' yang tidak menyediakan pasir najis dan dibiarkan kucing berak bebas dalam sangkar. Sudahlah begitu dicuci pula hanya sehari sekali. Apabila kita datang ambil, kita akan mendapati badan kucing kita berbau taik kucing. Lebih malang lagi tabiat berak bebas itu dibawa balik ke rumah, tidak lagi mahu berak dalam pasir najis.
Ada seeorang kawan cikgu tidak suka hantar kucing untuk 'boarding' di 'pet shop' kerana bau dalam bilik kucing tersebut terlalu busuk, kasihan kat kucing. Sebenarnya kucing adalah haiwan berdisiplin berbanding haiwan lain seluruh dunia walaupun dikalangan haiwan mamalia kerana hanya haiwan ini yang tanam najisnya. Anjing yang lebih cerdik berbanding kucing pun tidak memiliki kehebatan ini. Tabiat semulajadi ini mungkin kerana ianya tidak suka bau najisnya. Kalau ia jumpa najis kucing lain, ia akan tanam juga, hebatkan? Mungkin juga manusia belajar kaedah ini melalui kucing. Jadi jangan biarkan kucing bau najisnya kerana ia memang tidak suka. Sebenarnya semua ini adalah bukti kebesaran illahi.
Makanan yang disediakan dan berapa kali diberi makan kucing kita juga penting. Pernah berlaku pusat penjagaan kucing yang abaikan perkara tersebut dan menyebabkan berlaku kematian. Petikan daripada suratkhabar Metro :
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.
Sebenarnya makanan kucing yang berjenama terkenal untung jualannya tidak banyak kerana makanan tersebut ada dikebanyakan kedai dan peniaga sukar untuk 'main harga'. Walaupun mahal pelanggan kebiasaannya sangat arif dengan harga makanan tersebut kerana telah lama menggunakannnya dan tahu di kedai manakah yang patut dibeli. Berbanding dengan makanan yang tidak berjenama atau baru berada di pasaran, makanan tersebut dijual dengan lebih murah, tujuannya ialah mencari pelanggan. Makanan tersebut mungkin ada di kedai-kedai yang tertentu sahaja. Oleh itu, peniaga boleh 'main harga' dan mendapat untung lebih.
Tidak salah mencuba makanan baru untuk kucing kita tetapi jangan dibeli dalam kuantiti yang banyak. Beri kucing kita cuba sedikit dahulu atau campur dengan makanan asal. Kucing sebenarnya pandai memilih, ia akan makan makanan yang sedap dahulu. Apapun nasihat cikgu sebelum diberi makan baca bahagian kandungan nutrisi dan kandungan zat pada pek makanan tersebut. Cikgu sebenarnya tidak berani ambil risiko dengan menukar makanan secara mendadak sebab cikgu dah 'kena'. Hampir semua kucing cikgu cirit-birit terutama yang anak-anak. Pening kepala cikgu dibuatnya. Akhirnya cikgu kembali memberi makanan asal yang telah lama cikgu guna. Makanan berjenama ini terbukti bagus walaupun sedikit mahal.
Kucing jantan dewasa yang cikgu beli ini pernah gigit tuannya.
Yang manakah lebih baik, sama ada membeli kucing dewasa atau anak kucing untuk dipelihara? Ramai pecinta kucing lebih suka memilih anak kucing untuk dipelihara berbanding kucing dewasa kerana 'kecomelannya' dan suka bermain tetapi ada juga mereka yang memilih kucing dewasa untuk dibeli. Adakah anda tahu, kucing dewasa yang dijual di 'pet shop' mungkin kucing yang bermasalah? Kucing yang dijual kepada 'pet shop' oleh pemilik asal kerana sudah tidak tahan dengan sikap buruk kucing itu. Jalan penyelesaiannya ialah dijualnya kucing itu ke 'pet shop'. Sudah tentu pemilik tersebut tidak akan menceritakan perkara yang negatif tentang kucingnya kepada tauke 'pet shop'. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan orang lain akan menjadi mangsa. Contohnya, seperti kencing dan berak merata-rata, ganas dan pernah gigit orang, suka mencakar, berpenyakit, pemalas dan kuat tidur, curi makanan atas meja dan sebagainya. Ada juga kucing tersebut yang mandul atau kalau beranak, tidak mahu menyusukan anak atau tidak pandai menjaga anak.
Istilah 'boarding' atau rumah tumpangan untuk kucing juga terkenal dengan panggilan 'hotel kucing'. Di 'pet shop' ada menawarkan pekhidmatan tersebut untuk mereka yang mahu meninggalkan rumah beberapa hari. Di rumah cikgu juga ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Jika anda hantar kucing anda ke 'pet shop' untuk 'boarding' ada beberapa perkara perlu anda perhatikan dan ambil berat. Antaranya ialah adakah disediakan pasir najis, jika disediakan pasir najis adakah dalam kuantiti yang mencukupi. Ada 'pet shop' yang tidak menyediakan pasir najis dan dibiarkan kucing berak bebas dalam sangkar. Sudahlah begitu dicuci pula hanya sehari sekali. Apabila kita datang ambil, kita akan mendapati badan kucing kita berbau taik kucing. Lebih malang lagi tabiat berak bebas itu dibawa balik ke rumah, tidak lagi mahu berak dalam pasir najis.
![]() |
| Cikgu tahu cara mengajar kucing berak dalam mangkuk tandas. |
Makanan yang disediakan dan berapa kali diberi makan kucing kita juga penting. Pernah berlaku pusat penjagaan kucing yang abaikan perkara tersebut dan menyebabkan berlaku kematian. Petikan daripada suratkhabar Metro :
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.
Pengajaran yang cikgu perolehi berdasarkan pengalaman dan cerita dari kawan-kawan. Perkongsian pengalaman ini dapat membantu kita daripada dijadikan mangsa oleh segelintir tauke 'pet shop' yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

ajar la macam mna...nak bagi kucing berak dalam mangkuk tandas.?????
ReplyDeleteSalam cikgu,sya nizam dr sp,nak tanya ank kucing bengal dot sport cikgu ada tak?jika ada berapa harga seekor
ReplyDeleteSalam...nak tau macam mana nak ajar kucing buang air kat mangkuk tandas
ReplyDeleteBlog yang sgt informative..by da way,knape lama xupdate blog cikgu?
ReplyDeleteAssalam,setuju dgn olahan cikgu. Kadang2 sampai rasa nak layan je bergaduh dgn sale2 assistant di kedai yang memperbodohkan kita. Kita dah lama2 tahu jgk kebenaran dr pengalaman. Tapi dia buat kita mcm apa tah. Tapi buat bodo jerh. Mereka akan menekankan pada product2 yang tak laku, krn mereka akan dpt lebih profit jika laku.(tapi x smua) ada yang berkata benar. Depends jugak la.
ReplyDeleteSekarang ada masalah dgn royal canin. Saya was2 dengan rc. Disebabkan oleh beberapa pet shop on9 yang berkeras mengatakan rc ada pork protein. Benar ke cikgu? Selagi tiada bukti saya tak boleh la nak terima. Tapi masih mencarik jalan utk hilang kan was2 atau pon mencarik bukti pork itu bagi diri ni betol2 tenteram. Demi itu sy cuba carik mkanan lain utk budak2 bulus ni dlm waktu terdekat.
Salam, cikgu ada x anak kucing parsi untuk dijual?
ReplyDeleteAda tk kuching Parsi hidung penyek
DeleteCikgu ajarkan sy cara nk kucing tu berak dlm mangkuk tandas
ReplyDelete